Site icon Hot FM

MKT Umno akan menghadap Agong, mohon pertimbang ampun Najib


Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara akan mempersembahkan Yang di-Pertuan Agong mempertimbang memberi pengampunan kepada bekas perdana menteri itu.

Umno akan memohon agar Yang di-Pertuan Agong menimbang memberi pengampunan diraja kepada Najib Razak, selepas didapati bersalah dalam kes rasuah SRC International.

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada bekas presidennya, Najib Razak.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani seluruh pimpinan Umno daripada 191 bahagiannya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version