
PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia menyokong cadangan supaya kawasan khas merokok diwujudkan, tetapi berkata inisiatif itu perlu dirancang dan dilaksanakan secara teliti.
Inisiatif itu dapat menyumbang kepada perubahan sikap sedikit demi sedikit bahawa merokok bukan sesuatu yang normal sekiranya dilaksanakan dengan betul, menurut presidennya, Dr Azizan Abdul Aziz.
Pandangan itu senada dengan pendirian Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Azizan mencadangkan Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pemilik premis dalam mengenal pasti tempat sesuai bagi memastikan inisiatif itu berjaya.
“Kesihatan awam mesti diberi keutamaan tertinggi dalam membuat keputusan ini, bukannya kesenangan pemilik kedai dan perokok.
“Kawasan khas merokok patut diletakkan di luar…