Hot FM

MNO, DNB muktamadkan perjanjian langganan saham dalam masa terdekat, menurut DNB



DNB berkata liputan 5G kini telah mencapai kira-kira 30% di kawasan berpenduduk dan mencapai sasaran 80% menjelang 2024.

KUALA LUMPUR: Pemeteraian perjanjian langganan saham (SSA) antara Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan pada masa terdekat, menurut DNB dalam kenyataan.

Walaupun SSA itu sudah dimuktamadkan dan sudah tersedia untuk dimeterai oleh enam MNO pada 30 Ogos lalu, MNO mengubah keputusannya pada saat akhir, katanya.

“Satu daripada dua MNO ini membuat keputusan untuk tidak mengambil pegangan ekuiti dalam DNB manakala satu lagi MNO tidak memberi kata putus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, semakan terhadap dokumen urus niaga (SSA dan perjanjian pemegang saham) perlu dibuat bagi empat MNO yang masih terlibat bagi mereka memperolehi kelulusan dalaman daripada syarikat masing-masing.

Proses penyertaan ekuiti tersebut akan diteruskan bersama dengan empat MNO yang masih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version