Hot FM

Model dwi rangkaian 5G: MNO hanya boleh berada dalam 1 entiti


Dalam model dwi rangkaian 5G, pemenang tender akan menjual saham dalam DNB supaya menjadi dua entiti berbeza, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) hanya boleh memegang ekuiti dalam satu entiti bagi rangkaian 5G kedua di Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata langkah itu untuk menjamin persaingan yang sihat antara kedua-dua entiti dalam membangunkan prasarana rangkaian 5G, selain dapat menyediakan perkhidmatan 5G yang berkualiti untuk rakyat.

“Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh MNO dan Digital Nasional Bhd (DNB), mereka bersetuju MNO hanya boleh berada dalam satu entiti, sama ada entiti A atau entiti B dalam model dwi rangkaian 5G.

“Selepas tempoh proses Pakej Maklumat Pemohon (AIP) tamat, sesiapa yang memenangi tender ini, mereka akan memimpin entiti B. Jika mereka yang tidak dipilih akan kekal berada di entiti A.

“Bagi mereka yang berada di entiti B,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version