Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Modi sifatkan Malaysia rakan kongsi rapat, dipercayai

today7 February 2026

Background


Narendra Modi anwar ibrahim
Perdana Menteri India Narendra Modi tiba di KL untuk lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
SERI KEMBANGAN:

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyifatkan Malaysia sebagai rakan kongsi yang rapat dan dipercayai, sambil menekankan peranan penting diaspora India sebagai ‘jambatan hidup’ yang mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara.

Berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin dengan kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta orang kenamaan kedua-dua negara, Modi berkata hubungan India-Malaysia mencecah tahap baharu setiap tahun, didorong oleh hubungan rakyat dengan rakyat yang teguh serta kerjasama strategik yang semakin berkembang.

Beliau berkata hubungan dua hala memasuki fasa baharu selepas kedua-dua pemimpin meningkatkan status hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif semasa lawatan Anwar ke New Delhi pada 2024.

“Hari ini, kita berjalan seiring sebagai rakan kongsi ke arah kemajuan dan kemakmuran……

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Spurs mangsa terbaru amukan Man United

Manchester: Bryan Mbeumo dan Bruno Fernandes masing-masing mencetak gol ketika Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur yang beraksi dengan 10 pemain 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, hari ini.

today7 February 2026