
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.
Dalam Kenyataan Prabelanjawan (KPB) bagi Belanjawan 2025 hari ini, katanya tiga keutamaan itu adalah menaikkan siling dari segi menstrukur semula ekonomi supaya lebih bernilai dan berdaya saing tinggi; menaikkan lantai dengan menambah baik mutu kehidupan rakyat dan keterangkuman peluang; dan memperkukuh tatakelola dan penyampaian perkhidmatan awam.
“KPB juga menetapkan tema Ekonomi Madani: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera sebagai panduan kepada proses konsultasi bagi Belanjawan 2025,” katanya.
Kementerian berkata, selari dengan prinsip Madani, kerajaan komited untuk memastikan proses penggubalan Belanjawan 2025 adalah holistik dan terangkum dengan mengalu-alukan maklum balas…