

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MoF) akan mengambil tindakan menyekat kad pengenalan susulan video memaparkan individu mengisi petrol RON95 ke dalam suatu bekas.
MoF berkata ia memandang serius video tular di media sosial, memaparkan individu mengisi RON95 ke dalam bekas di sebuah stesen minyak. Video tular di media sosial merakamkan kejadian yang didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Skudai, Johor.
Katanya, siasatan mendapati individu terbabit merupakan warganegara dan pemegang MyKad.
“MoF akan mengambil tindakan dengan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi tersebut serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati BUDI95,” menurut kenyataan.
Katanya, perbuatan itu jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api, dan berpotensi menjejaskan usaha kerajaan memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar, dan…