Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Moga Diberi Kesempatan Lihat Anak-Anak Naik Pelamin” – Siti Nurhaliza

today26 August 2024

Background

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap dan berdoa agar diberikan kesempatan untuk melihat hari bahagia anak-anaknya kelak.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Siti yang hadir pada majlis istiadat persandingan Puteri Sultan Pahang, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada Ahad turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, Siti memaklumkan agar dia diberikan kesempatan untuk menyaksikan sendiri perkahwinan anak-anaknya selain berdoa semoga zuriatnya itu dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

“Sambil tengok, sambil kepala fikir… semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin. Semoga ditemukan dengan jodoh yang baik,” kongsinya.

Dalam pada itu, Siti yang hadir dalam persalinan berona peach rekaan Samm Republic itu turut mendendangkan beberapa buah lagu pilihan mempelai termasuklah, Dengarkanlah, Bukan Cinta Biasa dan Endless Love duet bersama Hardy Arbi.

Selain Siti, Dayang Nurfaizah juga turut kelihatan menjadi tetamu pada majlis istiadat perkahwinan Diraja tersebut.

Written by: Salma


Previous post