
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama Mohamaddin Ketapi secara rasminya menjadi ahli baharu Bersatu.
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin.
Katanya, penyertaan baharu itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.
Pada 30 Okt lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan kerana mahu memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.
Mengenai perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Hamzah berkata Bersatu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti…