
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi secara rasmi mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.
Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media khas bersama Presiden PBM Larry Sng di sini sebentar tadi.
Bekas menteri pelancongan, seni dan budaya itu berkata, beliau membuat keputusan menyertai PBM kerana perjuangan parti itu berkaitan hak dan autonomi Borneo seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Dalam situasi politik tanah air yang tidak pernah berlaku sebelumnya, saya berpendapat bahawa penyatuan kuasa-kuasa rakyat dari kedua wilayah Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak, adalah penyelesaian untuk masalah kestabilan politik dan pastinya dapat menjamin kesejahteraan rakyat, terutamanya di Sabah.
“PBM ialah parti yang lahir di Borneo tetapi berjaya meluaskan pengaruhnya di wilayah…