Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mohd Nor dilantik speaker DUN Terengganu

today24 September 2023

Background


Mohd Nor Hamzah (kiri) antara 32 wakil rakyat yang menang dalam PRN Terengganu lalu yang mengangkat sumpah sebagai Adun.

KUALA TERENGGANU: Adun Bukit Payung Mohd Nor Hamzah, dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal ke-15.

Bekas exco pembangunan insan, dakwah dan penerangan itu, mengangkat sumpah taat setia pada Majlis Angkat Sumpah Adun di hadapan Setiausaha DUN Zulkifly Isa, di Wisma Darul Iman di sini.

Nor, 51, yang juga bendahari PAS Terengganu, mula menjadi Adun pada 2008 dan memegang jawatan exco selama satu penggal dari Mei 2018 sehingga Jun 2023.

Sementara itu, Adun Seberang Takir Khazan Che Mat pula, dilantik sebagai timbalan Yang Dipertua DUN pada majlis yang sama.

Dalam pada itu seramai 32 wakil rakyat yang menang pada PRN, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Adun di hadapan Zulkifly pada majlis sama.

Majlis angkat sumpah diketuai oleh Menteri Besar Samsuri Mokhtar, diikuti 10 barisan exco dan 21 Adun lain.

Buat kali pertama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Kejohanan VTF makin berprestij

Tanjung Malim: Kejohanan Varsity Track & Field (VTF) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sejak tahun lalu bukan sahaja mendapat perhatian daripada pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) malah Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS) dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sukan olahraga negara.

today24 September 2023