Pelakon Zara Zya mahu penulis sebuah blog memadamkan satu artikel yang mengundang kontroversi di Facebook.
Tajuk artikel KAMI “Hari Kekasih Kantoi Leher Zara Zya Penuh Love Bite?” tiada kaitan dengan isi kandungan artikel itu, sekaligus didakwa menjatuhkan reputasi Zara.
Menerusi Instagram Zara, peguamnya turut menyatakan tajuk tersebut ialah satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang undang.