Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Mohon Maaf Jadi Punca Jalan Sesak” – Caprice Nak Belanja Petrol Percuma Lagi, Kali Ini Untuk….

today24 September 2022

Background

Penyanyi rap Caprice memohon maaf secara terbuka apabila niatnya memperuntukkan RM10,000 untuk orang ramai mengisi petrol di sekitar Datuk Keramat menjadi penyebab utama berlakunya jalan sesak.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, membuat permohonan maaf itu menerusi hantaran di Instagram miliknya apabila dia sendiri tidak menyangka ramai orang akan membanjiri stesen minyak berkenaan.

“Pertama sekali Cap ingin meminta maaf kepada pengguna jalan raya di sekitar Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat hinggalah ke Ampang kerana berlaku kesesakan teruk.

“Saya sendiri tidak sangka akan kecoh dan havoc macam ni. Sesak hingga ke KLCC. Walaupun telah dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis, kami tidak dapat mengawal kesesakan itu.

“Jadi, saya sebagai penganjur ingin memohon maaf,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Sementara itu, Caprice juga memaklumkan stesen minyak berkenaan juga turut kehabisan petrol untuk diberikan kepada pengguna dan terpaksa ditutup sementara.

Justeru itu, Caprice mengambil inisiatif untuk meberikan lagi minyak petrol secara percuma khas buat kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada minggu hadapan.

“Saya mahu buat sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan sahaja di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada minggu hadapan, Insya-Allah.

“Doakan pasukan saya dapat beri macam-macam barang untuk rakyat,”jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

 

Written by: Aqilah


Previous post