Anak Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azzadin berkata penunggang motosikal yang menyebabkan nahas itu perlu menjelaskan sebab dia melarikan diri dari tempat kejadian.

PETALING JAYA: Anak kepada lelaki maut dalam nahas di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menggesa penunggang motosikal yang menyebabkan kemalangan itu tampil memohon maaf.
Hafidz Ahmad Fadzil, 36, kecewa kerana penunggang motosikal itu melarikan diri dari lokasi kejadian tanpa membantu bapanya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62.
Beliau juga menuntut penjelasan penunggang motosikal itu tidak menghubungi ambulans.
“Saya kecewa penunggang motosikal itu melarikan diri begitu saja. Semua orang lakukan kesilapan, tetapi sekurang-kurangnya bertanggungjawab dan memohon maaf kepada kami, terutama ibu saya.
