Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Tetapi apa yang dilakukan oleh penyanyi Zynakal ini tidak seharusnya dijadikan sebagai ‘lampu hijau’ buat segelintir warganet untuk bercakap buruk tentang dirinya.
Sekitar 28 Mei lalu, Zyn telah meninggalkan satu komen yang tidak sepatutnya di posting Instagram rakan baiknya iaitu Yonnyboii sewaktu penyanyi itu memuat naik foto dirinya memakai pakaian tradisional orang Sarawak.

Komen tersebut dilihat sebagai tidak sopan kepada segelintir warga Sarawak kerana perkataan yang ditinggalkan oleh Zyn dilihat seperti mempersendakan mereka.
Tetapi hakikatnya tidak lah seperti yang difikirkan oleh warganet itu kerana Zyn hanya bergurau sahaja bersama dengan Yonny.
Disebabkan itu, Zyn telah memuat naik satu video permohonan maaf berkaitan isu tersebut dan mengakui bahawa ia hanya gurauan biasa antaranya dengan Yonny sendiri.
View this post on Instagram
“Saya mohon maaf pada semua rakyat Malaysia terutamanya warga Sarawak yang terasa dengan komen saya di gambar Yonnyboii. Komen tersebut tak ada niat saya nak persendakan orang Sarawak, saya hanya persendakan Yonny sahaja. Saya harap maaf saya diterima oleh orang Sarawak. Kamek sayang kitak!”
Namun sayangnya, permohonan maaf Zyn itu telah membuatkan segelintir warganet yang tidak bertanggungjawab memerli beliau semula tentang masalah kesihatan yang pernah dialami olehnya sebelum ini.

Seperti kita tahu, sebelum ini Zyn pernah mengalami gangguan tekanan perasaan tetapi kini beliau sudah sembuh selepas mendapatkan rawatan.
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat itu tidak sepatutnya terjadi kerana gangguan mental bukan lah perkara yang boleh dibuat main.
Harapnya perkara itu tidak akan diulangi semula oleh Zyn dan semoga netizen sendiri dapat berhati-hati sebelum meninggalkan apa-apa komen yang tisak sensitif.
Sumber foto: Instagram Zynakal