
PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengingatkan majikan yang ingin mengambil pekerja asing bagi sektor perladangan kelapa sawit untuk mengisi sendiri permohonan tanpa menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta.
“Perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan penggajian pekerja warga asing bagi pihak majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kementeriannya menerima 7,500 permohonan pekerja asing bagi sektor perladangan kelapa sawit secara pengecualian khas sejak 28 Jan hingga semalam.
Bagaimanapun, katanya, terdapat juga permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan kerana dibuat majikan yang tidak layak menggajikan pekerja asing, aitu syarikat koperasi dan syarikat penyumberan luar.
Tambahnya,…