Menurut laporan, kad akreditasi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), tidak sama dengan yang diberikan kepada kontinjen Malaysia, termasuk atlet, jurulatih, dan kakitangan sokongan lain.
Perkara berkenaan mula tular di media sosial selepas Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria dirakam duduk bersama isteri dan anaknya di Arena Porte de La Chapelle, semasa perlawanan perebutan pingat gangsa antara pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.
Aaron-Wooi Yik kemudian memenangi perlawanan itu dengan cara yang menakjubkan apabila menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia pada kempen Paris 2024.
Selepas mendapat kritikan ramai di media sosial, MOM berkata, IOC memperuntukkan kad akreditasi khas kepada Menteri Belia dan Sukan, presiden (MOM), dan setiausaha agung, masing-masing kepada tetamu yang menyertainya.
“Peruntukan ini adalah berasingan dari peruntukan kad akreditasi…