Hot FM

‘Mood’ perayaan kembali, industri runcit terima lonjakan



Penarikan semula sekatan Covid-19 menjadi penyumbang kepada pengukuhan sektor runcit.

PETALING JAYA: Jumlah kehadiran orang ramai ke pusat beli belah menjelang perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu menjadi petunjuk bahawa keyakinan pengguna kembali pulih selepas kejatuhan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Peruncit dan pengendali pusat beli- belah dilaporkan merekodkan peningkatan dari segi jumlah pengunjung serta jualan.

Keinginan orang ramai untuk membeli belah juga menyaksikan lonjakan baharu pada minggu pertama Disember, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls HC Chan.

Walaupun situasi itu disumbangkan sempena permulaan cuti persekolahan, Chan menjangkakan pertumbuhan itu berterusan sehingga dua ke tiga minggu mendatang.

Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Andrew Lim, juga berkongsi sentimen sama. “Kita sudah menyaksikan pertambahan membabitkan kehadiran pengunjung dan jualan,” katanya kepada FMT Business.

Lonjakan pada musim…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version