
PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dakwaan melantik pihak ketiga atau konsultan untuk menyampaikan sebarang informasi dan hebahan mengenai skim dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) kementerian itu kepada umum.
Mosti dalam kenyataan, memaklumkan ia menerima pertanyaan tentang kes penipuan berkaitan penganjuran Bengkel Bimbingan dan Fasilitasi Permohonan Geran Applied Innovation Fund (AIF) dan Sistem Dana Bersepadu.
Bengkel tersebut dikatakan boleh menjanjikan kelulusan pembiayaan AIF apabila menyertai bengkel yang mengenakan yuran sebanyak RM1,800.
Mosti juga memaklumkan kementerian itu tidak pernah menganjurkan sebarang bengkel yang menuntut pembayaran daripada orang awam.
Menurutnya, kejayaan sesuatu permohonan pembiayaan dana R&D Mosti tertakluk pada pematuhan…
