
PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sedang mengkaji untuk mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000 bagi memastikan masalah penipuan tidak berulang.
Motac dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu antara penambahbaikan syarat lesen perniagaan pengendalian pelancongan ke luar negara bagi umrah atau ziarah.
Katanya, untuk pengendali berskala besar pula, jaminan bank ini akan dinaikkan
mengikut saiz operasi syarikat mereka.
“Jaminan bank bagi syarikat-syarikat pengendali adalah termaktub dalam Peraturan-peraturan Industri Pelancongan di bawah Akta 482.
“Langkah ini bertujuan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, jika berlaku penipuan, dana dari jaminan bank ini akan digunakan…