
MELAKA: Kerajaan negeri menerima peruntukan tambahan RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bagi tujuan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing berkata langkah itu sebagai sokongan kementerian atas hasil kerja keras Melaka dalam membawa masuk pelancong yang sekali gus membantu merancakkan ekonomi negeri.
“Tahniah kepada Melaka terutama exconya yang bekerja keras, malah bersama-sama Motac mempromosikan Melaka bahkan Malaysia ke China.
“Jika beliau (exco) lebih agresif promosi di luar negara dan bawa masuk pelancong ke Melaka, ekonomi negeri ini akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka dan Ambang Tahun Baru 2024 di Pangkalan Rama malam tadi.
Mengulas lanjut, Tiong berkata Motac sentiasa bersedia untuk membantu…