
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Menteri berkenaan Tiong King Sing berkata ini susulan aduan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan masih diterima walaupun tindakan tegas seperti membatalkan lesen terhadap syarikat terbabit sudah dilaksanakan.
Beliau berkata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan akan mengetuai jawatankuasa semakan terbabit dan membentangkan laporan lengkap dalam tempoh sebulan.
“Ini termasuk mengkategorikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan dengan baik dan sebaliknya serta laporan terperinci mengenai…