Menteri Motac itu berkata perbincangan juga mengambil kira hasrat perdana menteri mahu berjimat serta situasi semasa negara susulan wabak Covid-19.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membincangkan mengenai penambahan peruntukan bagi sektor pelancongan dalam Belanjawan 2023.
Menterinya, Tiong King Sing berkata, penambahan adalah bagi mempergiat usaha mempromosikan sektor pelancongan negara selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2025.
Beliau bagaimanapun berkata, perbincangan mengenainya akan mengambil kira hasrat perdana menteri berjimat dari segi pemberian peruntukan serta situasi semasa negara susulan wabak Covid-19.
“Tahun ini kita dapat RM275 juta untuk (laksanakan) promosi pelancongan dan kebudayaan. Kita akan berbincang…