Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Motosikal Baru Dengan Enjin 150cc Ke Atas Kini Wajib Ada ABS Bermula 1 Januari 2025

today3 September 2024

Background


Berikut kenyataan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024.

Beliau memberitahu ia adalah antara insiatif diambil kerajaan dalam menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Mari kita bermula dengan menjadikan penunggang motosikal lebih selamat kerana 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya tahun lalu, membabitkan penunggang motosikal.

“Jadi bermula 1 Januari 2025, semua motosikal baharu dengan enjin kapasiti 150cc ke atas wajib dipasang ABS,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan memutuskan perkara itu kerana berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.

“Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang berdepan isu ini. Walaupun kadar kematian per 100,000 orang menurun daripada 27 peratus pada 2000 kepada 22.5 peratus pada 2019, ia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman