

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Permatang Gedong, semalam.
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 9 malam. Mangsa iaitu Muhammad Asri Mohd Nazri, 32, disahkan meninggal dunia pada 6.45 pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim.
“Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 8.30 malam semasa pemandu lori jenis Hino dalam perjalanan dari arah Taman Sejati ke tempat kerja.
“Semasa membelok ke kanan, motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan bertembung bahagian tayar belakang sisi kiri lori,” menurut kenyataan.
Asri merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal.
Siasatan juga mendapati pemandu lori berusia 53 tahun itu positif dadah jenis ganja. Polis akan mendapatkan perintah…