
PETALING JAYA: Perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang sebelum ini bukan satu “kitab suci” untuk tidak membolehkan pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal sebelum Julai tahun depan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun Presiden Umno itu menegaskan ia tidak bermaksud perjanjian itu perlu “dilanggar”, namun rundingan boleh dibuat bagi mendapatkan satu keputusan secara bersama.
“Kita menghormati MoU itu, tetapi MoU itu bukan kitab suci, jauh daripada ayat-ayat tercatat dalam al-Quran. Selain daripada itu, Insyaallah boleh diubah.
“Saya tidak fikir kita harus melanggar tetapi yang terbaik adalah kita berunding dan semua pihak sudah pasti ada pandangan yang berbeza dan secara konsensus. Keputusan majoriti akan dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan yang…