
KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) masih berkuat kuasa sehingga pembubaran Parlimen, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.
Beliau berkata, tarikh 31 Julai dalam MoU itu hanya tempoh dinyatakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak membubarkan Parlimen.
“Kita tidak tahu berapa lama lagi (Parlimen akan dibubarkan), jadi MoU itu diteruskan,” katanya dalam sidang media pelancaran Langkah Sheraton NFT’s untuk dana pilihan raya umum (PRU15), di Bukit Jalil.
Loke berkata, PH sentiasa bersedia menyokong sebarang agenda demi kepentingan rakyat.
Tahun lalu, kerajaan dan PH meterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada April lalu, memutuskan MoU dimeterai antara kerajaan dan…