
KOTA KINABALU: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sedang meneroka pasaran alternatif baharu yang boleh menawarkan akses serta kesaksamaan yang lebih besar selepas Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) mula meningkatkan kos menjalankan perniagaan di Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif Belvinder Kaur Sron berkata pasaran yang sedang dipertimbangkan merangkumi India, China, Asean, Afrika serta Timur Tengah, yang boleh beri peluang besar kepada pemain industri dan pekebun kecil Malaysia.
Katanya, walaupun Eropah kekal sebagai pasaran penting bagi Malaysia, pelaksanaan EUDR memberi cabaran yang ketara.
Penyelidikan data global menunjukkan pematuhan tersebut boleh membebankan pengeluar minyak sawit sehingga USD1.5 bilion. (USD1 = RM4.38).
“EUDR ialah halangan bukan tarif yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU). Ia mendiskriminasi empat komoditi utama…