
PETALING JAYA: Majlis pimpinan tertinggi Bersatu memutuskan Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden, menuju pemilihan pada hujung tahun.
Ia bagi memenuhi ketetapan perhimpunan agung tahunan khas pada November tahun lepas yang diputuskan sebulat suara, menurut Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.
Bagi jawatan lain – di sebalik gesaan agar syarat bertanding jawatan tertinggi dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai individu berkelayakan mencalonkan diri – Hamzah mengumumkan calon yang berhasrat perlu memohon kepada MPT selari dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.
Pemilihan pemimpin akan diadakan pada Oktober, katanya lagi.
Mengikut peraturan semasa, hanya ahli yang memegang jawatan ketua bahagian atau MPT selama lengkap dua penggal berhak bertanding lima jawatan tertinggi.
Fasal 14.14 membolehkan MPT memberi kelonggaran kepada mana-mana calon…