
PUTRJAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan sistem akreditasi bagi membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mustapha Sakmud berkata Sistem Akreditasi MQA Elektronik atau e-MAS itu sejajar dengan agenda pendigitalan MQA 2021-2025 menerusi teras strategik 3 (Penyampaian Efektif Disokong Kemampanan Sumber).
Katanya, sistem baharu itu menggabung dan mengintegrasikan kesemua modul pengurusan berkaitan akreditasi untuk mewujudkan satu platform bersepadu dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pihak berkepentingan pendidikan tinggi negara.
“Antara kelebihan e-MAS ialah…