
Pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) hari ini menegaskan bahawa kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum diumumkan secara rasmi setakat ini.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menyangkal sebarang spekulasi dan maklumat yang sedang tular di media sosial mengenai kadar tambang berkenaan.
MRL menjelaskan bahawa angka-angka yang tersebar itu adalah tidak benar dan tidak mewakili kadar sebenar yang bakal dikenakan apabila projek mega…
