Site icon Hot FM

MRT3: Proses pengambilan tanah secara berperingkat tahun depan


Kerajaan akan mengambil pendekatan yang memastikan kesan sosial minimum kepada masyarakat dalam hal pengambilan tanah bagi MRT3.

PUTRAJAYA: MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), beliau berkata bagi meminimumkan kos pengambilan tanah kepada kerajaan, MRT Corp secara aktif bekerjasama dengan pemaju untuk menyepadukan stesen MRT3.

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi proses pengambilan tanah jajaran bagi projek MRT3.

“Pendekatan kami terhadap proses pengambilalihan tanah akan menggabungkan langkah yang berhemah dan penuh ihsan untuk memastikan kesan sosial minimum kepada masyarakat,” katanya.

Tanpa memperinci jumlah peruntukan bagi tujuan itu, Loke…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version