
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan beberapa isu, termasuk kedudukan Bersatu dalam gabungan itu.
Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata mesyuarat itu akan diadakan selepas muktamar PAS, yang berlangsung esok hingga 5 Sept ini, lapor Berita Harian.
“Kita akan adakan mesyuarat bagi membincangkan isu yang bersesuaian termasuk isu Bersatu. Mungkin juga kita akan bincang kedudukan Bersatu dalam PN,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Takiyuddin juga menegaskan bahawa tiada alasan untuk Bersatu kekal dalam PN, sedangkan jelas parti itu tidak mahu bersama dengan gabungan itu yang kini diterajui PAS.
Tambahnya, di bawah perlembagaan PN, mana-mana parti komponen boleh digantung atau dipecat.
Hubungan PAS dan Bersatu mula retak hujung tahun lalu, yang…