

PAS dijangka akan mengambil alih jawatan ketua pembangkang di Parlimen, menggantikan Hamzah Zainudin yang dipecat Bersatu minggu lalu.
Timbalan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan memaklumkan majlis tertinggi gabungan itu setuju dengan pengambilalihan ini.
Takiyuddin, yang juga setiausaha agung PAS, bagaimanapun memaklumkan perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat akan datang.
“PAS memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara ini,” katanya pada sidang media.
BERITA LANJUT MENYUSUL