Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MTUC Sarawak sokong Skim Lindung 24 Jam

today2 September 2026

Background


PERKESO_BUILDING
Pengerusi MTUC Sarawak Zaidi Nasar berkata Skim Lindung 24 Jam Perkeso selaras dengan prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang mengiktiraf perlindungan sosial sebagai hak asas pekerja.
PETALING JAYA:

Caruman tambahan 0.75% bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau Skim Lindung 24 Jam adalah sumbangan berpatutan berbanding manfaat perlindungan yang diterima pekerja, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak.

Pengerusinya Zaidi Nasar berkata skim itu penting bagi membantu pekerja dan keluarga menghadapi risiko kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau musibah di luar waktu bekerja.

“Perlindungan sosial adalah hak asas setiap pekerja dan Skim Lindung 24 Jam memastikan pekerja serta keluarga mereka sentiasa dilindungi, bukan sahaja ketika bekerja tetapi juga di luar waktu kerja,” katanya lapor Suara Sarawak.

Menurut Zaidi, manfaat skim itu termasuk kos rawatan, faedah hilang upaya serta elaun orang tanggungan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post