MTUC berkata penglibatan pekerja dalam kesatuan tidak memberangsangkan memandangkan sekitar 800,000 daripada 15 juta merupakan ahli kesatuan.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan segera meratifikasikan konvensyen 87 dan 98 di bawah protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang menyentuh kebebasan serta hak pekerja berpersatuan dan berorganisasi.
Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor, berkata langkah itu akan memastikan pekerja mendapat gaji bermaruah, pekerjaan baik serta apa-apa faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama antara kesatuan pekerja dengan majikan.
“MTUC ingin melihat negara kita mencapai status sebagai negara maju dan ia hanya boleh dicapai jika hak pekerja itu dimartabatkan…MTUC menyeru kerajaan untuk mengiktiraf konvensyen tersebut demi kepentingan pekerja di…