
PETALING JAYA: Dianggarkan 266,000 daripada 677,739 pemilih berdaftar tidak mengundi pada 10 PRK selepas PRU15 dan PRN yang mungkin mencetus kebimbangan berkait penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi.
Angka itu diperoleh hasil gabungan peratusan pengundi pada PRK peringkat Parlimen dan DUN terbabit berdasarkan data dikongsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti kenyataan media.
Pengiraan FMT mendapati, lapan PRK mencatatkan peratusan mengundi lebih rendah berbanding pada PRU15 atau PRN membabitkan kerusi Kuala Terengganu, Pulai, Pelangai, Jepak, Kemaman, Kuala Kubu Bharu, Sungai Bakap dan Mahkota.
Penurunan paling ketara direkodkan PRK Pulai iaitu kepada 47.3% berbanding 70.9% semasa PRU15, ketika kerusi itu dimenangi bekas menteri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai tahun lalu.
Peratusan mengundi pada PRK Kemaman dimenangi…