Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muar pulih daripada banjir, mangsa di Johor berkurangan

today15 March 2023

Background


Sehingga kini, 107 pusat pemindahan sementara masih dibuka di daerah Batu Pahat, Tangkak dan Segamat.

Jumlah mangsa paling ramai di daerah Batu Pahat, iaitu 33,146 orang daripada 9,407 keluarga. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini dilihat semakin baik dengan Muar menjadi daerah terbaharu pulih sepenuhnya daripada bencana itu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dengan perkembangan terbaharu itu, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,245 orang di tiga daerah setakat 8 malam ini, berbanding 35,230 orang yang direkodkan 4 petang tadi.

“Sehingga kini, 107 pusat pemindahan sementara masih dibuka di daerah Batu Pahat, Tangkak dan Segamat.

“Batu Pahat mempunyai paling ramai mangsa, iaitu 33,146 daripada 9,407 keluarga, diikuti Segamat 75 orang (23 keluarga) dan Tangkak 24 mangsa daripada tiga keluarga,” menurut kenyataan itu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat ketika dihubungi Bernama memaklumkan, paras air juga didapati…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post