Site icon Hot FM

Muat naik tatu kalimah ‘Allah’ pada badan, wanita ditahan


Polis turut merampas kad sim dan telefon bimbit suspek untuk siasatan lanjut.

Polis berkata suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita susulan tindakannya memuat naik tatu kalimah “Allah” pada badan seorang wanita bukan Islam di Facebook, semalam.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek berusia 46 tahun ditahan kerana disyaki pengendali akaun Facebook @Bunga Matahari.

“Polis turut merampas kad sim dan telefon bimbit suspek untuk siasatan lanjut,” kataya dalam kenyataan.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula semalam hingga 26 Mei dan kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis mengingatkan orang awam tidak memuat naik hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version