Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang sangat mudah.
Bukan itu sahaja, aplikasi myPTPTN ini turut boleh dimuat turun di App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery.
Aplikasi ini sememangnya memudahkan urusan pembayaran atau perkhidmatan asas PTPTN anda sebab semuanya dilakukan dalam satu platform sahaja.
Syarat pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut :
– Warganegara Malaysia
– Berumur 18 tahun dan ke atas
– Mempunyai Kad Pengenalan awam
– Mempunyai nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah
Aplikasi myPTPTN menawarkan perkhidmatan seperti urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN, pembukaan akaun Simpan SSPN, semakan penyata, pindahan lebihan bayaran balik, pindahan simpanan Simpan SSPN.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan permohonan bayaran balik atau deposit Simpan SSPN…