
Pembangun aplikasi TuJu menanggung kos caj navigasi mencecah RM300,000 dalam tempoh sehari selepas jumlah muat turun aplikasi berkenaan melonjak melebihi satu juta, sekali gus menyebabkan sistemnya mengalami gangguan operasi.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan di Dewan Rakyat pada Isnin bahawa lonjakan mendadak itu berlaku susulan sekatan penggunaan aplikasi Waze bagi urusan rasmi penjawat awam, yang mendorong kos perkhidmatan…
