Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Muaz Dah Jadi Pembaca Berita?”

today31 May 2022

Background


Pelbagai inisiatif serta dorongan telah diberikan untuk membantu Muaz merealisasikan impiannya sebagai seorang pembaca berita yang berkaliber. 

Antaranya penampilan khas seorang pembaca berita radio senior dan pembaca berita sambilan TV3, Jay Jamalina yang telah melatih Muaz sebagai pembaca berita TV. 

Zainal Ariffin Ismail dan Azmi Aziz, bekas pembaca berita dan pengacara TV3 turut tampil untuk memberikan tunjuk ajar, tips serta kata-kata dorongan kepada Muaz. 

Lebih membanggakan lagi, Muaz juga telah mendapat panduan daripada Encik Kamaruddin Mape yang merupakan Ketua Pengarang, Jabatan Berita & Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima. 

Selain itu, penglibatan Izwan Azir Saleh dan Hawa Rizwana Redzuan yang merupakan rakan sekerja Muaz turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aqilah Aziaan


Previous post