Parti itu mahukan jawapan menteri dalam negeri dan KPN mengenai cara remaja itu ditangkap serta gambar disiarkan di media sosial.

PETALING JAYA: Muda mengecam tindakan polis berhubung layanan “tidak beretika” ke atas seorang remaja bawah umur yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang lelaki dan menggesa agar video pasangan itu dipadam di internet.
Ketua Biro Hak Asasi Manusia Muda, Dobby Chew mengkritik tindakan polis menggari gadis berusia 17 tahun yang dirakam dalam video tular berdurasi 23 saat kononnya menunjukkan dia dan seorang lelaki berusia 22 tahun lelaki terlibat dalam perbuatan seksual di dalam kereta.
Beliau berkata, Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan peraturan yang jelas mengenai layanan terhadap pesalah juvana.
“Seksyen 83A (1) secara jelas menyatakan seseorang kanak-kanak…