PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Sosialis Muda (PSM) berkata keputusan parti itu dan Muda tidak menyertai PRK Kuala Kubu Baharu bukan kerana keduanya kerap kalah dalam pilihan raya disertai.
Timbalan Pengerusi S Arutchelvan berkata sebagai parti politik mereka harus bertanding namun mengakui pada masa kini berdepan kesukaran membentuk gabungan kuat untuk bertanding di banyak kerusi termasuk Kuala Kubu Baharu.
“Kemungkinan kita bertanding dan kekalahan itu lain, tapi bukan sebab itu kita tidak bertanding,” kata Arutchelvan pada sidang media bersama pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz.
Beliau mengulas sama ada keputusan PSM dan Muda tidak bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei disebabkan sering kalah dalam pilihan raya disertai.
Amira juga berkata risiko kekalahan…