Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muda punca PH kalah di Sungai Kandis

today13 August 2023

Background


Fahmi Fadzil berkata perpecahan undi menyebabkan calon PN Wan Dzahanurin menang di DUN Sungai Kandis.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan menyalahkan Muda atas kekalahannya kepada Perikatan Nasional (PN) di DUN Sungai Kandis, Selangor.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu sudah dijangka penganalisis politik sebelum ini.

“Saya sedih kerana perpecahan (undi) ini membolehkan PN memenangi kerusi tetapi saya tidak bersedia untuk mengulas lebih lanjut buat masa ini,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Kerusi Sungai Kandis menyaksikan calon PN Wan Dzahanurin menang tipis dengan majoriti 167 undi menewaskan penyandang Zawawi Mughni (PH) dan Afriena Shaqira (Muda).

Dzahanurin memperoleh 28,926 undi berbanding Zawawi yang mendapat 28,759 manakala Afriena 1,341 undi.

Sementara itu, Fahmi berkata keputusan pilihan raya di enam negeri selari dengan dapatan dijalankan beberapa firma kaji selidik.

Katanya, kerajaan akan meneliti keputusan pilihan raya di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post

Sukan

Kane kempunan angkat piala kali pertama

Munich: Harry Kane mengalami kekalahan sulung bersama Bayern Munich apabila pasukan baharunya itu tewas 0-3 kepada RB Leipzig di Piala Super Jerman, awal pagi tadi, hanya beberapa jam selepas mengesahkan perpindahan dari Tottenham.

today13 August 2023