Site icon Hot FM

Muda ‘realistik’, tak tanding semua kerusi, kata Syed Saddiq


Presiden Muda itu melihat kepada ‘pelaburan’ jangka panjang susulan mahu bertanding solo pada PRN.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata partinya tidak mempunyai sumber kewangan dan jentera besar berdepan PRN.

PETALING JAYA: Muda perlu mengukur kekuatan sendiri sebelum membariskan calon pada PRN, kata presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau mengakui Muda harus realistik dan tidak mampu bertanding di setiap kerusi susulan kekurangan kewangan dan jentera.

“Bagaimanapun saya akui, bukan mudah untuk sebuah parti baharu untuk menang, namun bersedia kalah demi ‘pelaburan’ jangka masa panjang.

“Jika kalah, kita belajar kerana untuk berjaya ia akan mengambil masa yang lama,” katanya ketika sesi Town Hall dalam talian Muda.

Awal hari ini, Syed Saddiq mengumumkan Muda akan bertanding secara solo yang mana menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan sekutunya dalam kerajaan perpaduan, terutama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Kedah, Kelantan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version