
PETALING JAYA: Ketua PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh mendedahkan rundingan pembahagian kerusi bersama MUDA gagal, susulan parti itu mahu menuntut kerusi bandar dan campuran.
Bercakap kepada FMT, beliau mengakui kerusi bandar dan campuran adalah antara kerusi paling mencabar dan sukar, namun tidak akan menyerah kepada parti lain dengan mudah.
“Kekuatan kita di kerusi campuran terutama di bandar-bandar … kerusi bandar ni kerusi sukar tetapi itulah kekuatan kita.
“Kalau kerusi kita dah buat kerja, kita dah sediakan kekuatan kita di situ, sukarlah kita nak serahkan pada parti lain begitu saja,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa rundingan pengagihan kerusi dengan PKR tamat tanpa persetujuan susulan langkah…