Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Mudah & Premium” – Jom Cuba Resepi Aiskrim Malaysia Versi Magnum Yang Sedap Ini

today9 June 2022

Background


1. Masukkan 225ml whipping cream, 100ml susu segar dan 70ml susu pekat ke dalam pengisar dan blend selama 1 minit. 

2. Cairkan 200g coklat masakan (dark chocolate) menggunakan teknik double boil. Kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam piping bag dan masukkan pula ke dalam plastik aiskrim ataupun freezie bag.

3. Seterusnya, ratakan coklat yang telah dimasukkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan ianya sekata.

4. Kemudian, masukkan pula bahan yang telah dikisar sebentar tadi ke dalam plastik aiskrim yang sama. Pastikan anda masukkan ia di bahagian tengah dan jangan isi penuh sangat.

5. Ikat plastik aiskrim dengan ketat dan sejukkan di dalam freezer semalaman. Satu adunan ini boleh hasilkan kira-kira 6 hingga 8 batang aiskrim.

6. Dah siap! Anda boleh nikmati Aiskrim Malaysia versi Magnum anda keesokan harinya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Lily Nazeera


Previous post

Sukan

FIFA Bakal Perkenalkan Robot Penjaga Garisan Di Piala Dunia 2022

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mahu memperkenalkan "robot penjaga garisan" di Piala Dunia 2022, Qatar yang bakal Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mahu memperkenalkan "robot penjaga garisan" di Piala Dunia 2022, Qatar yang bakal berlangsung pada bulan November ini.

today9 June 2022