Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Mufti Pahang Tegaskan Haram Goda Isteri Orang

today21 December 2023

Background

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman tampil menegaskan bahawa adalah haram sekiranya mana-mana lelaki bertindak memikat isteri orang apatah lagi perbuatan itu menjurus kepada niat untuk meruntuhkan rumah tangga kerana ia ditegah dalam syariat Islam.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Abdul Rahman menjelaskan perkara tersebut ketika ditanya mengenai reaksi pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Pesekutuan pada 15 Disember lalu.

“Sepatutnya kalau keputusan tidak memansuhkan itu lebih baik sebab perkara menggoda isteri atau suami orang ini bukan berlaku pada zaman dulu sahaja bahkan zaman sekarang tetap ada.

“Akan tetapi lebih baik dan biarlah kita berpegang pada hukum Islam yang tetap mengharamkan perbuatan memikat isteri orang.

“Bahkan dalam hadis ada menekankan perkara mungkar berkenaan dan supaya menjauhi perbuatan itu,” ujarnya.

Susulan isu ini sering tular di media sosial, Abdul Rahman menasihati orang ramai supaya menjaga batas dalam pergaulan.

Dalam pada itu, golongan wanita yang bergelar isteri haruslah tidak mudah tewas dengan godaan lelaki lain bagi mempertahankan kebahagiaan rumah tangga.

Terdahulu Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang dimansuhkan kerana ia tidak berperlembagaan telah diputuskan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ini berikutan panel hakim berpendapat seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Malaysia Gazette

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Pemain dan penolong jurulatih maut

Algeria: Tragedi kemalangan bas meragut nyawa dua anggota kelab Liga 1 Algeria, Mouloudia El Bayadh awal pagi tadi yang menyebabkan penangguhan semua perlawanan yang dijadualkan oleh konfederasi bola sepak negara itu untuk minggu ini.

today21 December 2023