Bintang muda pasukan Selangor, Muhammad Abu Khalil dilaporkan bakal menyertai salah satu kelab yang beraksi di divisyen tiga liga bola sepak Jepun dalam masa terdekat.
Menurut perkongsian One Football di laman X, Muhammad bakal menyertai Osaka FC selepas seminggu pemain itu menjalani sesi latihan bersama kelab berkenaan.
Baca Juga:
Menurut laman tersebut, pihak kelab berpuas hati dengan prestasi dan kualiti yang ditunjukkan oleh pemain berusia 19 tahun itu…
